skip to Main Content
Cara Pakai Shampoo & Conditioner

Cara pakai shampoo & conditioner

Orang kita biasanya pakai shampoo dan conditioner main tenyeh sahaja pada rambut. Sebenarnya tidak tepat cara begitu.

Shampoo dan conditioner mempunyai fungsi dan tugas yang berbeza. Jadi cara penggunaannya juga ada sedikit perbezaan.

Cara Guna Shampoo

Shampoo fungsinya membasuh. Basuhan yang paling penting adalah pada kulit kepala, bukan pada rambut.

Jadi, semasa menggunakan shampoo, fokus untuk membersihkan kulit kepala kita. Jika fokus shampoo pada rambut, ianya akan menyebabkan rambut kering dan kasar.

Cara Guna Conditioner

Conditioner pula berfungsi sebagai pengganti minyak semula jadi di kepala kita. Tujuannya adalah melembabkan rambut.

Oleh itu, kita hanya perlu mengenakan conditioner pada hujung rambut sahaja. Supaya rambut kurang bercabang, tidak kering, lebih sihat dan mengurangkan elektrik statik.

Komen

Back To Top