skip to Main Content
Sikat Rambut Sebelum Tidur

Sikat Rambut Sebelum Tidur

Kita memang tidak digalakkan untuk kerap menyikat rambut kerana boleh memberi stress kepada rambut.

Tetapi untuk menjaga kesihatan rambut, kita boleh jadikan rutin harian dimana kita menyikat rambut sekali sebelum tidur. Ini akan buatkan rambut lebih sihat.

Bagaimana caranya?

Untuk menyikat rambut sebelum tidur, terlebih dahulu kita hendaklah memastikan rambut tidak basah.

Rambut yang basah membuatkan ianya mudah meregang dan merekah atau pecah. Dalam bahasa mudahnya, rambut basah sebelum tidur akan merosakkan rambut.

Dengan menggunakan sikat yang besar dan jarang, sikat lembut dari akar hingga ke hujung rambut.

Ini akan membuatkan minyak semulajadi yang terdapat pada permukaan kulit kepala tersebar ke seluruh rambut. Secara terus membuatkan rambut berkilat dan lebih sihat.

Komen

Back To Top